Mother and daughter baking in kitchen
Segi Value Holdings Sdn Bhd
_____
Membawa Nilai kepada Komuniti, Para Pengguna dan Pembekal Kami
A Malay Muslim Family of a Mother and Her Children Weaving Ketupat for Hari Raya Aidilfitri
A Malay Muslim Family of Mother and Daughter Baking for Hari Raya Aidilfitri/ Eid-Ul-Fitr
A Malay Muslim Family Cooking and Preparing Food in the Kitchen
Malay Muslim Mother and Daughters Refering to Laptop in the Kitchen
Malay Muslim Mother and Daughters Refering to Laptop in the Kitchen
Mengenai Kami

Dari Gerai Kecil hingga ke Rangkaian Pasaraya Makanan

SEGI VALUE HOLDINGS adalah syarikat induk yang menguruskan kumpulan syarikat-syarikat SEGI yang merangkumi impot, jualan, perdagangan melalui saluran pengedaran perdagangan moden dan tradisional dan disokong oleh pengurusan logistik dan pelaburan hartanah. 

Niat dan hasrat kami akan menentukan betapa besarnya dunia kami. Semakin besar impian kita, semakin jauh pencapaian kita. Kejayaan bermula dengan langkah pertama yang diambil. Dari pemilik gerai kecilan sehingga komandan sebuah konglomerat perniagaan, Segi Value Holdings telah membina satu model perniagaan yang komprehensif melalui usahasama di sepanjang rantaian perniagaan.

Visi

Untuk Menjadi Peruncit Makanan yang Ikonik di Malaysia

Misi

Membawa Nilai kepada Komuniti, Para Pengguna dan Pembekal

Segi Cash & Carry Sdn Bhd (SCC) adalah perniagaan utama Kumpulan Segi, ia juga merupakan pusat operasi kumpulan Segi dan pendorong sumber aktiviti perniagaan unit lain yang beroperasi di disisinya. Walaupun SCC pada mulanya didirikan sebagai pemborong untuk pasaran tradisional pada bulan September 1994, ia kemudian diubah menjadi peruncit menjadi titik perubahan kepada syarikat di mana ia telah membolehkan perkembangan perniagaan dan kemajuan kumpulan Segi. 

Dari cili belanga yang cerah ke sayuran daun kehijauan, bawang pelbagai bentuk dan saiz hinggalah ke rempah-rempah beraroma, setiap lorong di dalam stor kami menyediakan beraneka jenis makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bahan perasa dan lain-lain bahan masakan. Kualiti dan kesegaran produk-produk ini dipelihara oleh Segi Agriculture Enterprise (SAE).

Santapan lazat dan sihat bermula dengan bahan mentah yang segar, dan ini yang menjadi pendorong utama penubuhan Segi Marine Enterprise (SME), yang dibentuk pada tahun 2009.

Ditubuhkan pada bulan April 2012, dengan tujuan untuk meningkatkan saluran pengedaran Segi, Segi Logistics (SL) menyediakan pengurusan semua keperluan logistik dan pengedaran ke rangkaian stor runcit.

Segi Realty (SR) dibentuk pada tahun 2009 untuk menyokong pertumbuhan unit perniagaan lain dan pembanguan syarikat.

Segi Realty terus mengkaji keperluan perniagaan semasa dan yang baru untuk menambah nilai dengan menerokai tapak yang berpotensi, terutama untuk stor Segi Fresh.

Kami Sampaikan "SEGAR"

Ya, kami tahu "segar" adalah sebahagian dari kami, tetapi ia bukan hanya mengenai buah-buahan dan sayur-sayuran. Kami tawarkan pelbagai produk unik, produk bermusim dan barang-barang khas tempatan dan istimewa dari masa ke semasa.

Makanan Laut Segar

Makanan laut segar terus dari sumber.

Hasil Segar

Segar dari ladang dan runcit.

Bekalan Harian

Pelbagai jenis barangan rumah tangga.

Daging Segar & Ayam

Langsung dari ladang.
Segi Value Holdings SDN BHd

SEGI VALUE HOLDINGS telah mengenal pasti pelbagai saluran, aktiviti dan program untuk menyumbang kepada masyarakat dalaman atau luaran secara amnya. Selama ini, kami menghargai bahawa inisiatif CSR dapat diatur dengan lebih tersusun agar kami dapat memaksimumkan faedah ini.

Hantarkan Mesej kepada Kami

Segi Value Holdings Sdn BHD

Membawa Nilai kepada Komuniti, Para Pengguna dan Pembekal Kami