Mengenai Kami

Model Perniagaan Holistik
Jaminan Nilai Peribadi

Kumpulan Syarikat Segi terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan yang meliputi pelbagai industri. Manakala, setiap unit perniagaan di bawah kumpulan syarikat mempunyai bidang tumpuannya sendiri, semuanya berfungsi demi melengkapkan operasi antara satu sama lain dengan tujuan utamanya untuk memupuk rangkaian bekalan runcit lengkap sehingga dapat menyampaikan bekalan hasilan yang segar dan harga berpatutan kepada para pelanggan.

Daripada impot ke ekspot, dagangan ke logistik, pengedaran dan pengurusan hartanah, setiap unit perniagaan ditubuhkan bagaikan lanjutan pertumbuhan syarikat yang diperlukan. Berlandaskan misi syarikat iaitu menambahkan nilai kepada komuniti, para pelanggan dan pembekal barangan. Dengan pemeliharaan segala aspek berkaitan dengan rantaian bekalannya, Segi mampu memastikan produk-produk yang ditawarkan adalah berkualiti dengan harganya berpatutan.

Makanan kering, hasil tani dan daging diperoleh terus daripada petani, nelayan, dan pengilang di dalam dan di luar negara, justeru menghapuskan kos orang tengah untuk memastikan penjimatan kepada pelanggan. Syarikat juga dapat mengendalikan kesegaran dan kualiti dengan menguasai pengurusan logistiknya meliputi penyimpanan dan pengedaran ke semua rangkaian pemasaran dan pengguna.

Dengan lanjutan persetempatan dan penghapusan kos tidak perlu, Segi dapat mewujudkan penciptaan nilai tambahan dengan tujuan mengembalikan penjimatan kepada pelanggannya melalui harga yang kompetitif, meningkatkan kesegaran atau membantu penjimatan kos pelanggan dengan cara-cara yang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada membeli secara kredit melalui portal penjualan dalam talian, perkhidmatan penghantaran percuma - ke rumah pelanggan demi penjimatkan masa.

Segi mementingkan pembangunan modal insannya, peningkatan ilmu, pelaburan teknologi berasaskan sistem dan infrastrukturnya untuk membantu dalam aktiviti perniagaannya untuk terus maju. Ia bertujuan untuk melengkapkan operasi perniagaannya yang disokong sepenuhnya dengan landasan pertumbuhan yang kukuh, seiring dengan keperluan untuk terus berkembang demi keperluan para pelanggan.

Segi juga berusaha untuk mengambil bahagian secara aktif dalam Tanggungjawab Sosial Syarikat (CSR) dengan tujuan untuk mengambil berat dan menolong mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam komuniti ia beroperasi. Semestinya, arah tuju perniagaan Segi dibentuk dalam konteks misi syarikatnya di mana banyak aktiviti operasinya adalah selaras dengan menyumbang kembali kepada masyarakat secara luas, sebagai contoh, memberi ruang di sekitar kawasan Segi untuk peniaga tempatan dan penjaja untuk menjalankan perniagaan kecil mereka tanpa sebarang sewaan, dan banyak lagi.

Berdasarkan model perniagaan menyeluruh yang meliputi keseluruhan rantaian dari ladang ke meja makan, Segi dapat memberi jaminan nilai secara peribadi kepada pelanggan-pelanggannya.

Mengenai Kami

Segi Value Holdings

Penggabungan Segi Value Holdings (SVH) pada Januari 2010 sebagai syarikat pemegangan untuk menguruskan semua unit perniagaan menandakan permulaan bab baharu bagi kumpulan Segi.
Ia mengawal pengurusan seluruh perniagaan yang meliputi import, eksport, pemborong, perdagangan melalui saluran pengedaran perdagangan moden dan tradisional dan disokong oleh pengurusan pelaburan logistik dan harta tanah sendiri. Kumpulan ini ingin membina rangkaian bekalan runcit lengkap yang dapat menghantar pengeluaran segar dan mudah kepada para pelanggan.

Ia dicapai dengan memastikan produk kami dalam perniagaan teras dibawa terus daripada sumber, baik di tempatan atau luar negeri daripada petani, nelayan atau pengilang. Bermula daripada itu, kos yang diperoleh daripada melibatkan atau berurusan dengan orang tengah dihapus dan penjimatan tersebut akan disampai kepada pelanggan, sebagai sebahagian daripada misi syarikat kami untuk memberi nilai kepada komuniti, pengguna dan penjual kami.
Sebahagian besar model perniagaan kami berkaitan dengan fungsi utama adalah seperti berikut; penyumberan secara langsung, logistik & pengedaran dan keperluan operasi di tahap kedai borong dan runcit. Perniagaan kami berkhususkan kepada penyumberan secara langsung dan menggunakan logistik kami sendiri untuk memaksimumkan nilai dalam proses logistik dan pengedaran, kita memberi tumpuan kepada saluran berikut sebagai sumber utama kami untuk membekalkan produk kami, iaitu; melalui pemborong, perdagangan moden dan tradisional serta kedai borong dan runcit Segi Fresh kami.

Visi

Untuk Menjadi Peruncit Makanan yang Ikonik di Malaysia

Misi

Membawa Nilai kepada Komuniti, Para Pengguna dan Pembekal

5 unit perniagaan yang menyokong model perniagaan Segi

Membawa yang Terbaik kepada Pelanggan Kami

Hantarkan Mesej kepada Kami