Anak Syarikat Kumpulan Segi
Kerjaya
Ke Alam Keusahawan Runcit & Borong
Di Segi Fresh, bekerja dengan kami bukan sekadar perkerjaan yang biasa. Ini adalah sebahagian daripada kemajuan kerjaya anda ke arah keusahawanan dalam dunia peruncitan dan pemborongan yang berlangkah pantas dan dinamik.
Berkembang dengan Kami
Pembangunan keusahawanan adalah objektif pemimpinan kami. Kami memupuk bakat dalaman untuk memastikan setiap kakitangan diberi peluang yang adil untuk maju sejajar dengan pertumbuhan perniagaan kami.
Kami mengamalkan perkara berikut untuk peningkatan secara progresif:
- Kebebasan untuk berkongsi pemikiran dan pandangan
- Memeluk perubahan berterusan
- Mendorong dan membenarkan inovasi
- Memupuk budaya penyelesaian masalah dan kemahiran insaniah
- Mempromosikan budaya penyayang dan semangat berpasukan

Jadilah sebahagian daripada Keluarga Kumpulan Segi Kami

Saya amat berbangga dan teruja bekerja di sini kerana syarikat ini sentiasa mengilhamkan idea idea baru dan penambahbaikan, tambah nilai sering diutamakan sejajar untuk merealisasikan misi dan visi syarikat.
Misi
Creating values for our community, consumer and vendor
Visi
Iconic food wholesaler in Malaysia


Saya bermula dengan Store SUD dan selepas itu diberi peluang untuk membuka Store BKS dan sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menguruskan Store AP.
Segi Fresh adalah syarikat yang mampu untuk memberikan pelan pembangunan kerjaya kepada saya sekarang dan masa hadapan.


Saya lebih bermotivasi dan kompeten untuk meneruskan perjalanan karier saya bersama Segi Cash & Carry.
Kerana tiada yang sukar disini, latihan dan bimbingan disediakan.
Bermula sebagai Pengurus Stor dan kini saya telah berjaya memegang jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Pengurus Kawasan.
Jom… Bina karier anda bersama kami.

Jadilah sebahagian daripada Keluarga Kumpulan Segi Kami
Majikan Pilihan Terpilih
Kami menghargai kakitangan kami dan komitmen mereka terhadap syarikat. Kami merasa bangga apabila menyaksi ramai rakan sekerja yang naik pangkat dan berjaya dalam industri peruncitan makanan.
Kami mengalukan individu-individu yang berbakat untuk menyertai keluarga kami di Segi Fresh. Masing-masing digalakkan untuk membawa cadangan baru secara kreatif untuk keperluan para pelanggan kami di semua peringkat dalam semua aspek perniagaan.
Sekiranya anda seorang yang terbuka kepada cabaran dan mempunyai minat dalam perniagaan runcit dan borong, dengan sikap positif dan sentiasa boleh, kami mengalu-alukan penyertaan anda dengan kami!
Penyata Pengumpulan Maklumat Data Peribadi
Penyata ini memberitahu anda mengenai pengendalian data peribadi anda yang dikumpulkan untuk tujuan permohonan pekerjaan.