Mesej Lembaga Pengurusan

CHIA AH HOO

Pengerusi Bukan Eksekutif

Segi Value Holdings Sdn Bhd dan kumpulan syarikatnya mempunyai sejarah yang mendalam. Dalam tempoh dua puluh tahun sebelum ini, kita telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum pencapaian sekarang. Dari hanya sebuah pasar borong di Selayang sehingga mempunyai 50 pasaraya di Semenanjung Malaysia hari ini dan masih terus berkembang - mencerminkan pendekatan sederhana kami namun dengan penuh keyakinan terhadap apa yang kita lakukan dengan terbaik: melayani rakyat dalam industri kami.

Dari permulaan yang penuh kesederhanaan, kami telah berjaya sebab berpegang teguh pada nilai-nilai teras kami - bekerjasama sebagai satu pasukan, memastikan integriti di kalangan semua pihak, menyemarakkan semangat jitu yang gigih dalam menunaikan janji-janji kami seraya memastikan tahap keunggulan yang tiada tandingan. Nilai-nilai ini adalah pragmatik dan penting dalam cara kita jalankan perniagaan di Segi.

Lembaga Pengarah menyedari banyak cabaran yang dihadapi dalam alam perniagaan dan industri peruncitan kami - baik dari perspektif makro dan mikro. Kami percaya pengwujudan nilai perusahaan berjangka panjang dapat dicapai dan dikekalkan oleh karyawan-karyawan individu berbakat dan komited dalam syarikat.

Kami akan terus memasukkan bakat-bakat yang sesuai di semua peringkat untuk memenuhi jangkaan kami untuk berkembang, sama ada mereka pemegang saham strategik, pengarah, pasukan pengurusan atau karyawan-karyawan baru. 

.....selangkah lebih rapat untuk merealisasikan VISI

Berdasarkan falsafah peribadi "Kita harus rendah hati, namun penuh dengan keyakinan", kita meneruskan usaha untuk mencapai visi korporat kita dengan pelaksanaan perancangan misi dan objektif kita untuk menambahkan nilai kepada komuniti, para pengguna dan pembekal kita.

Ini adalah penegasan komitmen kami untuk mendapat kepercayaan berterusan dari anda termasuk peluang untuk menyampaikan cara-cara inovatif untuk memenuhi keperluan masyarakat yang belum dipenuhi serta mendorong ke arah strategi penjajaran perniagaan dan kemasyarakatan yang lebih baik. Secara ringkas, kami bertujuan untuk menjadi suatu jiran yang baik kepada masyarakat dan komuniti di mana Segi beroperasi.

Dengan berbekalkan amanah ini, bagi pihak Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Kakitangan Segi, saya menegaskan semula komitmen berterusan dari kami ke arah kecemerlangan dalam semua aspek yang kami lakukan dengan menambah nilai kepada para pelanggan, rakan kongsi dan komuniti kami, sempena menghala ke depan di samping kita mengambil satu langkah lebih rapat untuk merealisasikan VISI.

Semangat Segi, Semangat Boleh!

CHUI AH HOCK

Pengasas & Pengarah Urusan

Falsafah perniagaan syarikat kami adalah unik secara tersendiri, namun ringkas. Dengan mencipta nilai kepada berbagai lapisan masyarakat. Sejak penubuhannya, kumpulan Segi telah menerokai pelbagai bentuk cabaran tetapi hari ini, fokus kami adalah jelas dan arah tujunya berteraskan visi korporat kami - menjadi Peruncit Makanan yang Ikonik di Malaysia.

Pelbagai rancangan perniagaan kami telah dilaksanakan secara strategik untuk penumbuhan dan perkembangan. Oleh kerana industri ini terus berdaya tahan dan peluang dalam perniagaan tani tetap kukuh dan diperlukan seiring dengan peningkatan populasi, jenama Segi akan terus memacu model perniagaannya yang unik berdasarkan pelantar yang sedia ada yang mengizinkan pertumbuhan organik. Kaedah perniagaan kami adalah sangat penting di Segi sebagai janji kami untuk menambah nilai melalui keberkesanan kos dalam produk yang kami dagangkan dan perkhidmatan yang kami sampaikan. Kami dapat mewujudkan penambahan nilai tersebut melalui kemampuan transformasi model perniagaan kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami akan terus berkembang secara organik sambil menerokai peluang yang bukan organik - secara berterusan melalui amalan berhemah, kami akan melihat masa depan yang lebih cerah.

Falsafah Segi adalah untuk mewujudkan nilai kepada Komuniti, Para Pengguna dan Pembekal juga akan melihat kami mengkhusus dalam komuniti yang kami beroperasi dengan memberikan peluang kepada pengeluar tempatan kecil dan sederhana untuk memasarkan produk mereka sendiri, para petani dan nelayan untuk membekalkan sumber segar ke rantaian pasaraya kami. 

"... kami bersedia untuk berkembang ..

Ini melengkapkan keseluruhan rantaian bekalan eko di samping mengatasi seruan penambahan perusahaan tempatan dalam industri.

Dengan perkembanagn kepelbagaian ciri perniagaan untuk menyokong ekosistem perniagaan kami secara strategik, kini kami bersiap untuk berkembang sebagai salah satu pemain yang berkecenderungan dalam industri pemborong dan peruncitan makanan di Malaysia, yang dikenali dengan pulangan yang rendah dan persaingan yang sengit. Dalam perancangan peniagaan dan perkembangan kami, penambahan lebih banyak pembukaan pasaraya telah dikenalpasti - Segi menjangka penyasaran 100 buah pasaraya akan dicapai menjelang 2022.