Segi Agriculture telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan beroperasi di ibu pejabat jualannya di Selangor, yang kini memiliki kemudahan pergudangan dan penyimpanan sejuk seluas 350,000 kaki persegi . Semenjak itu, ia telah menjadi salah satu pengimpot dan pengekspot utama produk pertanian seperti cabai kering, bawang, bawang putih, kentang, kekacang dan rempah-rempah untuk pasaran Thailand dan Malaysia. Sumber impot dan expot yang lain adalah termasuk sayuran dan buahan tempatan dan luar negara.
Kegiatan perniagaannya merangkumi sumber produk pertanian secara langsung dari petani di Asia Tenggara, termasuk tetapi tidak terhad kepada Thailand, Indonesia, China, India, Pakistan dan Filipina.