Anak Syarikat Kumpulan Segi

Segi Cash & Carry

Membawa yang Terbaik kepada Pelanggan Kami

Segi Cash & Carry Sdn Bhd (SCC) adalah perniagaan utama dalam Kumpulan Segi, ia juga merupakan pusat operasi kumpulan tersebut dan pendorong sumber aktiviti perniagaan unit lain yang beroperasi di sisinya.

SEGI adalah sinonim dengan Segar - justeru Segi Fresh sebagai pembekal produk segar kepada rakyat Malaysia yang menjangkau 25 tahun dan berterusan. Pasaraya Segi Fresh berkonsep yang diperkenalkan oleh Segi Cash & Carry Sdn Bhd (SCC) yang sebagai perniagaan utama Kumpulan Segi, mengkhusus dalam pembekalan produk segar dan berkualiti kepada pelanggannya, di samping memastikan harga tetap kompetitif dan berpatutan.

‘Pilih Segar, Pilih Segi’ adalah slogan yang merangkumi konsep ini dan misinya untuk sentiasa menawarkan produk segar telah dikenali dan diiktirafkan dengan beberapa anugerah selama ini. 

Kesemua ini bertujuan untuk memastikan nilai-nilai teras perniagaan diamalkan dan tercermin dalam pelaksanaan kami:

Segar

memastikan tahap kesegaran pada tahap yang tertinggi

Perkhidmatan

terus menambah nilai dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik

Kemudahan

menambah nilai dengan memberikan kemudahan 'nyata'

Selain dari produk segar, SCC juga menawarkan pelbagai kategori dan jenis pilihan barangan runcit yang diminati oleh pemborong dan pelanggan. Kepelbagaian barangan yang ditawarkan akan terus dipertingkatkan sejajar dengan perubahan permintaan dan selera pelanggannya. 

Kami Mementingkan Kualiti Produk dan Perinciannya.

Segar dari Ladang

Sebagai perniagaan asal Kumpulan Segi, SCC pada mulanya ditubuhkan sebagai pemborong pasar tradisional pada bulan September 1994. Semasa evolusinya, ia diubah menjadi pemborong dan peruncit moden. Ini merupakan titik perubahan bagi syarikat di mana is telah membolehkan perkembangan perniagaan dan pembangunan kemajuan Kumpulan Segi. SCC juga bertanggungjawab untuk mengukuhkan jenama Segi menerusi pengenalan pasaraya berkonsepkan Segi Fresh. 

Kepentingan SCC tidak ditelan masa - Ia masih menjadi nadi operasi untuk semua aktiviti perniagaan unit lain yang berkitar disisinya. 

pilih fresh, pilih segi!

SCC kini sedang pesat berkembang untuk sampai kepada para pelanggannya. Dengan pegangan 50 buah pasaraya yang bertapak di Lembah Klang, dan negeri-negeri lain termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, ia dijangka akan mencapai 100 buah pasaraya menjelang tahun 2022 dan lebih seterusnya.

Hantarkan Mesej kepada Kami