Anak Syarikat Kumpulan Segi

Segi Logistics

Syarikat logistik yang pakar dalam perkapalan, penggudangan, pengurusan inventori dan rangkaian pengangkutan tempatan

SEGI LOGISTICS ditubuhkan pada bulan April 2012 dengan objektif untuk meningkatkan saluran pengedaran kami dan menambah nilai kepada model perniagaan kami seperti yang dijelaskan sebelumnya. Produk yang disumber secara langsung akan disalurkan melalui Segi Logistics yang juga bertindak sebagai Fulfillment Center (FC) kami yang menguruskan semua keperluan logistik dan pengedaran ke rangkaian pasaraya peruncitan kami sendiri.

Ini menambah nilai dan menerajui perniagaan kami dengan menguruskan protokol perkapalan (termasuk impot & ekspot) kami, penggudangan semua produk yang diperoleh (barangan kering), pengurusan pesanan dan inventori serta jaringan pengangkutan tempatan.

Segi Logistics dianggap sebagai pemangkin dalam model perniagaan ini, dan berfungsi sebagai perantara antara aktiviti penyemburan langsung dengan rangkaian operasi peruncitan kami. Kelancaran proses dan fungsi pentadbiran oleh Segi Logistics merapatkan jurang antara sumber langsung dan operasi pasaraya.

Operasinya yang secara mandiri ini dibina dalam pelantar untuk menyokong keseluruhan model perniagaan Kumpulan. Namun, dengan kemudahan yang diwujudkan, ia dijangka dapat berkembang secara organik dengan menawarkan penyewaan ruang penyimpanannya melalui kemudahan bilik simpanan sejuknya.

Akhirnya, cabaran yang dihadapi oleh Segi Logistics bukanlah sekadar masalah biasa yang dihadapi oleh syarikat logistik yang lain, tetapi bergantung kepada kaedah menangani beribu-ribu jenis produk yang disalurkan melalui gudang dan fulfillment centre dengan berkesan sebelum pengedaran ke seluruh rangkaian pasaraya Segi tepat pada waktunya di samping mengekalkan tahap kesegaran.

Mengendalikan penyaluran ribuan jenis produk yang berbeza dengan berkesan di sambil mengekalkan kesegaran dan kualiti

Mengenai Segi Logistics

Segi Logistics sebagai pusat operasi untuk kumpulan syarikat, adalah pengantara penghubung aktiviti penyumberan langsung Segi dengan rangkaian operasi pasarayanya. Oleh demikian, SL juga mengendalikan protokol perkapalan untuk impot dan ekspot barangan, pergudangan semua produk yang diperolehi, pengurusan pesanan dan inventori, serta jaringan pengangkutan tempatan. Segi Logistics bertindak sebagai Fulfillment Center (FC) untuk menguruskan perkara di atas.

Keutamaan Kami

Menguruskan semua keperluan dan pengedaran logistik

Segi Logistics adalah operasi mandiri yang dibina di atas pelantar yang menyokong keseluruhan model perniagaan kumpulan Segi. Ia dijangka dapat menumbuh secara organik dengan penawaran penyewaan kemudahan bilik sejuk untuk penyimpanan. Walau bagaimanapun, fokus utamanya adalah untuk menguruskan secara berkesan ribuan jenis produk yang berbeza yang disalurkan melalui fulfillment centre ke semua kedai rangkaian pasaraya Segi tepat pada masanya di samping mengekalkan kesegaran dan kualiti.

Hantarkan Mesej kepada Kami

Segi Value Holdings adalah sebuah syarikat yang berpusat di Malaysia dan telah beroperasi menjangkau 25 tahun. SEGI adalah kumpulan syarikat rantaian bekalan dengan konsep inovatif yang baru, merangkumi pelaburan perdagangan, logistik, runcit, dan hartanah.

Hubungi Kami