ANAK SYARIKAT KUMPULAN SEGI

Segi Marine

Pembekal Laut Pilihan Anda - Segar Sepanjang Hari!

SME mendapatkan sumber produknya secara langsung dari para nelayan tempatan dan di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Dari siakap merah ke bawal tambak hingga ke ikan tenggiri dan ikan keli, serta makanan laut kegemaran lain seperti udang dan sotong, kepelbagaian adalah faktor utama untuk memastikan pelanggan mempunyai pilihan makanan laut segar dan sejuk beku. Di samping itu, SME juga membekalkan daging dan ayam segar dari ladang ke pemborong dan rangkaian pasaraya peruncitan.

SME menetapkan piawaiannya dengan memastikan produk berkualiti dibekalkan kepada pelanggan dan mengekalkan kesegaran dan kualiti makanan laut, daging dan ayam selaras dengan konsep pasaraya Segi; iaitu Segi Fresh.

Kami mengambil berat tentang daging dan ayam segar dari ladang.

Bekalan Laut Segar Sepanjang Hari!

Segi Marine Enterprise dikenali sebagai syarikat pertama di Malaysia yang memperolehi sumbernya secara langsung dan membekal terus ke rangkai pasarayanya sendiri. Setakat ini, kami amat bangga sebab dikenali dengan kualiti terbaik dan kesegaran produk segar kami.

Ditubuhkan semenjak November 2009, Segi Marine merangkakan perniagaan seiras dengan Segi Agriculture dan memperoleh produknya terus dari nelayan tempatan dan luar negara termasuk Indonesia dan Thailand.

Pelbagai produk dibawa masuk melalui Segi Marine termasuk makanan laut segar, daging dan ayam. Dari sini, ia meningkatkan lagi kepelbagaian jenis barangan dan membekalkan makanan laut sejuk beku dan makanan laut kering kepada para pengguna.

Keutamaan Kami

Kami peduli akan daging dan ayam yang segar

SME berhasrat untuk mengekalkan piawaiannya dengan memastikan produk berkualiti untuk dibekalkan kepada pelanggan kami dan selalu menjaga kesegaran produk yang selaras dengan konsep pasaraya kami, iaitu SEGI FRESH.

Segi Marine dapat mempertahankan perniagaannya dengan membekalkan produk yang disumber melalui pemborong, perdagangan moden dan mengedar melalui rangkaian pasaraya peruncitannya sendiri. Ia juga dikenali sebagai syarikat pertama di Malaysia yang mampu memperoleh sumbernya secara langsung mengedar melalui pasaraya sendiri.

Hantarkan Mesej kepada Kami