Anak Syarikat Kumpulan Segi

Segi Realty

Segi Realty - Menyokong Pertumbuhan Perniagaan dan Perkembangan Keseluruhan Kumpulan

Segi Realty (SR) sebenarnya dibentuk untuk menyokong pertumbuhan unit-unit perniagaan dan perkembangan kumpulan syarikat. Selagi Segi terus berkembang, syarikat memerlukan lebih banyak fasilitas untuk pasaraya dan gudang yang baru. Melalui sebuah pasukan yang pakar, SR berusaha mencari lokasi dan premis yang sesuai, serta melakukan kajian kebolehlaksanaan pelaburan tersebut. Tambahan pula, SR bertanggung jawab untuk mengawasi pengubahsuaian, pemindahan hak milik dan hartanah yang dibina untuk penggunaan operasi unit perniagaan yang lain. Ia juga mengendalikan penyelenggaraan semua bangunan dan pelaburan modal Segi.  

Jentera Pertumbuhan

Perkembangan Unit Perniagaan Kumpulan

SCC kini sedang pesat berkembang untuk sampai kepada para pelanggannya. Dengan pegangan 50 buah pasaraya yang bertapak di Lembah Klang, dan negeri-negeri lain termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, ia dijangka akan mencapai 100 buah pasaraya menjelang tahun 2022 dan lebih seterusnya.

SR berusaha untuk menilai secara berterusan terhadap keperluan perniagaan yang sedia ada dan baru dari pelbagai unit perniagaan serta menambah nilai dengan mencari lokasi yang berpotensi untuk berkembang, terutamanya untuk pasaraya dan gudang Segi Fresh yang baru. Cabaran yang dihadapi tertakluk kepada lokasi yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan perniagaan sepertimana yang digarispandukan.

Keutamaan Kami

Perkembangan & Pertumbuhan Fenomenal

Selagi Segi terus berkembang, syarikat akan memerlukan lebih banyak fasilitas untuk pasaraya yang baharu. Melalui pasukan teknikalnya, SR memantau perkembangan secara fizikal untuk kumpulan syarikat dengan menyediakan perkhidmatan berikut:

• Mengendalikan pemerolehan dan pengurusan semua aset dan hartanahnya.

• Penyelenggaraan semua bangunan dan peralatan bermodal Segi

• Mencari dan mengenal pasti lokasi, melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pelaburan tersebut

• Menguruskan projek termasuk renovasi, ubahsuai dan membina untuk disewa hartanah yang dikenal pasti. 

Hantarkan Mesej kepada Kami